Sunday, June 12, 2011

Surat Al-Fātiĥah (The Opener) - سورة الفاتحة


1:1
Sahih International
In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
Malay
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:2
Sahih International
[All] praise is [due] to Allah , Lord of the worlds -
Malay
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3
Sahih International
The Entirely Merciful, the Especially Merciful,
Malay
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4
Sahih International
Sovereign of the Day of Recompense.
Malay
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5
Sahih International
It is You we worship and You we ask for help.
Malay
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6
Sahih International
Guide us to the straight path -
Malay
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1:7
Sahih International
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.
Malay
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Surat Al-Baqarah (The Cow) - سورة البقرة

بسم الله الرحمن الرحيم

2:1
Sahih International
Alif, Lam, Meem.
Malay
Alif, Laam, Miim.

2:2
Sahih International
This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah -
Malay
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

2:3



Sahih International
Who believe in the unseen, establish prayer, and spend out of what We have provided for them,
Malay
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 

Assalamualaikum. Diharapkan semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera.
Surah Al Furqan ayat 30: Dan berkatalah Rasul:"Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan AlQuran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
Berdoalah kita supaya kita diberikan petunjuk untuk mengambil AlQuran sebagai kitab yang dibaca dan diterjemahkan dalam kehidupan kita insyaAllah.






























Friday, June 10, 2011

DARI MINDA YANG LEMAH INI.

Bismillahirrohmanirrohim Assalamualaikum.Hari Khamis, kami ke rumah Ustazah Hajah Azizah untuk membantu mencuci rumah Ustazah seperti yang telah kami rundingkan sebelumnya. Ketika ada hayat Allahyarham Ustaz suami Ustazah, mereka tinggal di Taman (?). Setelah anak bungsu Ustazah melangsungkan perkahwinan, rumah itu diserahkan kepada Ucu, dan Ustazah berpindah ke Gombak berhampiran pusara Allahyarham suami. Anak2 Ustazah juga ramai di Gombak. Namun, untuk memudahkan urusan perniagaan mereka; perubatan Homeopathy dan sekolah 'agama', mereka mengambil keputusan berpindah semula  ke Bangi dan Kajang; jauh pula daripada kami yang tinggal di Taman Prima.
Pada umur Ustazah yang telah mencapai kira-kira 73 tahun dan banyak masa diluangkan berurusan dengan pesakit yang mahu mendapatkan ubat, serta mengajar kitab-kitab lama fardhu 'ain dll di Pejabat-pejabat yang mengundang Ustazah, tidak selayaknya beliau menguruskan kerja-kerja remeh sebegitu. Jadi kami datang untuk memberi khidmat bakti. Kami turut membawa sedikit lauk, yang sepatutnya kami khaskan buat Ustazah, tetapi turut kami kongsi ketika diajak makan bersama.
Rasa seronok dan puas dapat membantu, tetapi kami pulang bukan dengan tangan kosong; kami dapat sedikit ubat dari Ustazah, dan pembantu pula dapat 'imbuhan'.
Memandangkan ada lagi kerja yang belum selesai, kami rancang akan kembali lagi.
Di kesempatan itu, kami sempat diberi sedikit 'tips' oleh Ustazah. Pesan Ustazah, setiap bangun pagi, bertaubat dahulu, kemudian diikuti dengan amal ibadat yang lazim kita lakukan. Ustazah juga beri ingatan untuk beri perhatian kepada hadas besar dan kecil kerana tidak sempurna amalan jika hadas tidak sempurna. Kita telah pelajari tetapi masa, kebiasaan, akan merubah untuk 'mengambil mudah' sahaja.
Ini adalah satu alasan supaya kita sentiasa mencari ilmu walau berapa pun umur kita. Hadhirlah di majlis ilmu, walau pun kita terlena, tetap mendapat pahala 'hadhir'.
Sebenarnya ilmu itu sangat luas. Apa yang dipelajari di sekolah hanya sedikit ilmu untuk kelangsungan hidup dan mendapatkan pekerjaan sedangkan banyak lagi ilmu-ilmu yang boleh diterokai, boleh mewujudkan lagi pekerjaan, jadi kita perlu menjana pemikiran, mencari dan terus mencari ilmu.
Bacalah AlQuran kerana di situ ada ilmu yang sangat luas.
Assalamualaikum.

Sunday, June 5, 2011

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatu. Walau dalam apa situasi pun, untuk memulakan satu urusan atau pekerjaan, mulakanlah dengan doa, dengan penuh harapan yang urusan kita itu akan berjalan lancar, dipermudahkan dan sempurna.
Allahummayassirwalatu'assir; bermaksud Ya Allah Kau permudahkanlah jangan Kau persusahkan.

          Surat Al-Kahf (The Cave) - سورة الكهف

بسم الله الرحمن الرحيم
18:10

          Surat Al-Kahf (The Cave) - سورة الكهف

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم
18:10
Sahih International
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, "Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance."
Malay
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".